Sejarah Yahudi
Siapakah bangsa
Yahudi ini?
Menurut
kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran
kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi
Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.
Tafsir
Al-Quran menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang
dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama
Nabi Luth (QS, 21:69-71).
Anak
nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah
nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali
sebagai 12 suku Israel.
Anak
bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah,
setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya,
akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.
Kemudian
ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan
hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan
(menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.
Kerana
kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah
mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel
keluar dari Mesir.
Musa
AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar
tahun 1250 SM.
Mereka
tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur’an,
nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kana’an, (Qur’an, 5:21).
Setelah
nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan.
Menurut
ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan
berpengaruh.
Selama
pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai
Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.
Ini
adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama
senibina.
Di
Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang
luar biasa.
Setelah
wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel
meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi,
membunuh mereka dan mengkhianati Allah.
Setelah
kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel
dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis
(Yerrusalem).
Dengan
berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi
ke Mesir sebagai pelarian.
Ketika
raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian
mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora,
penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.
Pada
tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Rom dan tahun 70 SM berjaya
menghancurkan pemberontakan Jerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.
Setelah
itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah
barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak
perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.
Akhir
abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch,
Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme
pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.
Kronologi
penubuhan Israel adalah seperti berikut;
1896
Theodor
Herzl Yahudi kelahiran Budapest meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden.
Tujuannya
untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong
oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia.
Herzl
ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang
Yahudinya sendiri.
1914
Di
Palestine tinggal 1200 orang Yahudi.
Setelah
kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi
bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.
1917
Tanggal
2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour
untuk membangun negara yahudi.
Sebulan
kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).
1920
Gabungan
Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British.
Akibatnya
datanglah 75 000 lagi orang Yahudi ke Palestine.
Negara-negara
Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestin
1922
Transjordania
dipisahkan dari daerah mandat.
Sebagai
perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency.
Di
tahun itu lebih kurang 80 000 orang Yahudi tinggal di Palestine.
1933
Di
Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.
1936
Masyarakat
Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi
dibantu oleh tentera Inggeris.
1937
Sesudah
pemerintah mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi,
timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap
orang Inggeris.
1939
Pendidikan
sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine
1945
Suruhanjaya
Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine,
tapi kemudian ditolak oleh Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara
Yahudi-Palestine.
1947
UNO
menganjurkan pemisahan Palestin dan pembentukan negara Yahudi dan Arab.
Perang
antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.
1948
Inggeris
mengakhiri mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine.
Tentera
Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh
negara-negara Arab.
Di
hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang
dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama
Timur Tengah.
1949
Setelah perang, Israel
memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah
negara.
sumber :https:/akuislam.com/blog/fakta-menarik/sejarah-yahudi/
Komentar
Posting Komentar